Mara si Keretapi


Berlari, berlari, berlari – mencari,
Sesuatu yang pasti,
Di sebalik kelam-kelam malam,
Yang suatu masa suram,
Di apit antara kiri dan kanan,
Harga pilihan suatu jalan,

Masa-masa silam mengejar sang pelangi,
Tampak indah,
Meski hanya suatu ilusi,                ‘
Hingga tiba suatu subuh pagi,
Tatkala ditunjukkan jalan kembali,
Berbekal sinar mentari,
Suatu jalan yang pasti,
Aku kembali.
Ke jalannya, semoga diredhai,
Masakan tidak, ini jalan yang pasti,
Yang telah lama dipendam,
Semangat kecil si anak berazam,
Harga sebuah kehidupan,

Tiada mungkin ke kiri ke kanan,
Tatkala berada di suatu landasan,
Cuma,
Sama ada,
Geraknya mara ke hadapan,
Atau terpaling undur ke belakang,
Kerana,
Akhirat itu pasti,

Di penghujung landasan,
Pasti ada kemanisan,
Mesti berat manapun muatan,
Atau sahutan si api-api di belakang,
Bantah!
Dilawan taubah,
Kepada Allah,
Teruslah kaki, maju melangkah!